Minit Mesyuarat: AJK PRO-TEM Persatuan Penduduk Taman Desa Murni, Sungai Dua , 13800 Butterworth, Pulau Pinang (No. Pendaftaran : 0593-09-PPG)
Tarikh: 06hb Mac 2011
Masa Bermula: 9.00 pm
Masa Tamat: 10.00 pm
KEPADA : Semua Penduduk Penduduk Taman Desa Murni, Sungai Dua , Butterworth, Pulau Pinang
Yang Hadir:
Pengerusi - En. Tan Ah Peng (129 & 131, Persiaran Murni)
Timb Pengerusi - En. Muralitharan (9, Lintang Murni 3)
AJK - En. Ahmad Shah (51, Persiaran Murni)
- En. Mohd Zikri Muhammad (47, Persiaran Murni)
- En. S.Ganesan Samiah (155)
- En. Cheng Seow Heng (7)
- En. Ng Boon Beng (13)
- En. Mohd Nadzri (85)
1. Maintenance Fee (Yuran Pengurusan)
Pembetulan dari minit mesyuarat 09hb Februari 2011: Sebanyak 132 daripada 138 buah rumah telah membayar sebulan deposit dan “maintenance fee” untuk bulan Januari 2011.
Setiap pemilik rumah yang hendak/telah menjual atau untuk disewa, hendaklah memaklumkan kepada Pejabat Pengurusan dengan secepat yang mungkin. Pihak Pengurusan akan membuat penerangan secara ringkas kepada pemilik/penyewa tersebut berkenaan yuran pengurusan yang perlu dijelaskan.
2. Entry Access Card (Kad Masuk) & Vehicle Sticker
Pihak AJK akan cuba memastikan implementasi “Entry Access Card” & “Vehicle Sticker” selewat-lewatnya pada hujung bulan MAC2011. Dengan syarat, semua penduduk-penduduk Taman Desa Murni telah mengisikan “Borang Maklumat Penduduk” sepenuhnya.
· En. Khalid telah diberikan untuk tugasan ini.
· En. Cheng telah diberikan tugas untuk menyimpan “Entry Access Card” & “Vehicle Sticker” setelah ianya siap untuk kegunaan warga Taman Desa Murni.
3. Lori
Pihak AJK telah merujuk perkara ini ke MPSP berkenaan Undang-Undang Taman. Dan didapati bahawa lori-lori tidak dibenarkan “parking” di kawasan taman perumahan. Justeru itu, perkara No. 4, Minit Mesyuarat 09hb Februari 2011 telah terbatal dengan sendirinya bagi mengelakkan sebarang isu berkenaan undang-undang Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Walaubagaimanapun, pihak AJK telah menulis surat kepada MPSP untuk mendapatkan sesalinan Buku Perundangan Taman.
En. Khalid telah diberikan tugas untuk mendapatkan perkara yang tersebut di atas.
4. Pokok Buah-Buahan
En. Ganesan akan mencadangkan senarai pokok-pokok yang dibenarkan untuk ditanam di kawasan Taman Desa Murni.
5. Family Day (Target: 01st May 2011 )
En. Ganesan & En. Ashri telah dipilih untk menjadi peneraju bagi mengadakan Hari Keluarga Taman Desa Murni.
En. Ganesan akan akan membuat cadangan beliau kepada pihak AJK selewat-lewatnya pada 20hb Mac 2011.
6. Security
Komen telah dibuat oleh AJK berkenaan ketidakpuasan hati tentang perkhidmatan mereka. Pihak AJK akan berjumpa dengan pemilik syarikat sekuriti “Careman” untuk berbincang.
En. Murali , En. Santhira, En. Cheng dan En. Ahmad Shah telah dipilih untuk mewakili pihak AJK untuk berbincang samada pada tarikh 09MAC atau pun 10MAC pada jam 8.30pm .
7. Tugas MPSP
En. Khalid akan medapatkan keterangan lebih lanjut berkenaan peranan dan tangung-jawab MPSP secara terperinci untuk kawasan Taman Desa Murni dengan secepat yang mungkin.
8. Tukang Kebun
Komen telah dibuat oleh AJK berkenaan Tukang Kebun tentang perkhidmatan beliau.
En. Khalid telah diberikan tugas untuk membuat “Duty Roster”. Cadangan juga telah diberikan supaya kawasan Taman Desa Murni dibahagikan kepada 4 zon dan En. Khalid akan membuat perancangan “roster” untuk Tukang Kebun tersebut.
9. Isu-isu lain:
· Komen telah dibuat untuk memastikan penduduk-penduduk menjaga “landscaping” yang bersih dan sesuai dengan status Taman Desa Murni.
Contohnya, penyangkut baju diletakkan di luar rumah dan di kawasan “public”, dan juga pokok-pokok yang ditanam tidak tersusun seperti mana yang sepatutnya. Dan ini, telah menjadikan pemandangan kawasan rumah-rumah di Taman Desa Murni tidak kelihatan begitu cantik dan berseri.
En. Ganesan telah diberikan mandat supaya menyenaraikan pokok-pokok yang dibenarkan tanam di kawasan Taman Desa Murni.
· Collection Maintenance Fee. Masih agak ramai lagi penduduk-penduduk yang membayar yuran pengurusan selepas tarikh 15hb setiap bulan.
Pihak AJK secara sebulat suara telah bersetuju supaya denda 10% dikenakan bermula pada bulan MAC2011.
“Reminder Letter” akan dikeluarkan oleh Pejabat Pengurusan kepada semua penduduk dengan secepat yang mungkin (En. Khalid telah diberikan tugas ini)
Mensyuarat dicatatkan oleh:
Ahmad Shah – Penolong Setiausaha PRO-TEM
Shah_nsp@yahoo.com ; 012 477 1676