Minit Mesyuarat: AJK PRO-TEM Persatuan Penduduk Taman Desa Murni, Sungai Dua , 13800 Butterworth, Pulau Pinang (No. Pendaftaran : 0593-09-PPG)
Tarikh: 22hb Februari 2011
Masa Bermula: 9.00 pm
Masa Tamat: 10.45 pm
KEPADA : Semua Penduduk Penduduk Taman Desa Murni, Sungai Dua , Butterworth, Pulau Pinang
Yang Hadir:
Pengerusi - En. Tan Ah Peng (129 & 131, Persiaran Murni)
Timb Pengerusi - En. Muralitharan (9, Lintang Murni 3)
AJK - En. Ahmad Shah Md Mustaffa (51, Persiaran Murni)
- En. Ashri Ismail (123, Persiaran Murni)
- En. R Santhira Sekaran (4A, Lengkok Murni)
- En. R. Tharmaraj A/L Rejendran (3, Persiaran Murni)
- En. Mohd Zikri Muhammad (47, Persiaran Murni)
- En. Tan Choo Kheng (10, Lengkok Murni)
- En. Saravanan A/L Sathival (149, Persiaran Murni)
- En. Ah Beng
- En. Khalid – PPTDM Admin Manager
1. Berbincang mengenai minit mesyuarat yang telah berlansung pada tarikh
09hb Februari 2011.
2. Semua bersetuju supaya Minit Mesyuarat diminitkan di dalam Bahasa Malaysia sahaja berkuat-kuasa serta merta.
3. Usul dibuat oleh En. Murali supaya diadakan Peraturan Am di Taman Desa Murni dan semua pihak AJK diminta bekerjasama. Sebulat suara semua bersetuju dan tidakan susulan akan diambil oleh pihak yang dipertanggujawabkan.
4. Pets (Anjing). Pihak AJK secara sebulat suara bersetuju supaya langkah-langkah di bawah diambil oleh pemilik anjing tersebut. Cadangan dari pihak AJK dan dipersetujui sebulat suara seperti berikut
· Pemilik (owner) anjing tersebut hendaklah sentiasa memastikan supaya
anjing-anjing mereka tidak membuat bising sehingga menganggu
ketenteraman jiran-jiran yang lain.
· Pemilik anjing tersebut tidak dibenarkan sama sekali mengikat anjing-anjing mereka di pokok-pokok yang berada di kawasan awam (public).
· Pemilik hendaklah merantai anjing-anjing mereka di dalam kawasan rumah mereka dan memastikan anjing-anjing tersebut tidak terlepas keluar di kawasan awam.
· Pemilik perlu pada setiap masa merantai dan memegang anjing-anjing mereka semasa bersiar-siar di tempat awam.
· Adalah menjadi tanggung-jawab pemilik untuk memastikan keselamatan penduduk-penduduk di taman ini terjamin semasa mereka membawa anjing-anjing mereka bersiar-siar di kawasan awam di taman ini.
· Najis anjing. Pemilik anjing-anjing tersebut perlu memastikan najis-najis tidak dibuangkan atau dibiarkan merata-rata di kawasan taman ini. Pemilik perlu membawa plastik dan memastikan najis-najis tersebut diambil oleh pemilik itu sendiri untuk dibuangkan di tempat yang sepatutnya.
· Pemilik-pemilik anjing perlu mendapatkan kelulusan dan lesen yang SAH dari pihak berkuasa tempatan yang berkenaan untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.
5. Penduduk-peduduk boleh membuat aduan dengan mengisi BORANG ADUAN yang boleh didapati di pejabat Pengurusan (Management Office) – En. Khalid.
Pihak AJK hanya akan membuat tindakan susulan secara kolektif di atas aduan
secara bertulis sahaja.
6. Parking (Tempat Letak Kereta). Cadangan dari pihak AJK:
· Jika pemilik rumah hendak meletakkan kereta mereka di hadapan rumah jiran-jiran yang lain, mereka perlu meminta kebenaran dari pemilik rumah-ruamh tersebut. Ini bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini seperti bermasam muka, bergaduh dan sebagainya.
· Pemilik-pemilik hendaklah meletakkan kereta di hadapan rumah masing-masing tanpa menganggu halamn rumah orang lain.
· En. Raj diberi tugas khas untuk membuat Ilutrasi “Illustration” berkenaan tempat letak kereta di taman ini.
· En. Ah Beng / Tan diberi tugas khas untuk membuat Papan Tanda Aluminium “Aluminum Notice Board”.
· En. Sathira diberi tugas khas untuk membuat “draft” berkenaan dengan keselamatan dan peraturan-peraturan yang sepatutnya untuk dibincangkan pada mesyuarat yang akan dating.
· Tempat letak lori. Sila rujuk minit mesyuarat yang bertarikh 09hb Februari 2011.
8.. Pihak AJK telah bersetuju supaya lorong-lorong motosikal diperiksa seperti mana lorong-lorong kereta. Ini bagi mengelakkan penunggang-penunggan yang tidak berkenaan memasuki kawasan taman kita ini dengan sewenang-wenangnya. Langkah keselamatan dan berjaga-jaga perlu untuk kebaikan penduduk di Taman Desa Murni. Stiker” akan dibuat untuk pemilik-pemilik motorsikal di taman ini di dalam masa yang terdekat.
9. Pihak AJK telah bersetuju sekiranya ada pelawat:
· Pelawat hendaklah “register” di podok keselamatan.
· Pelawat hendaklah memberitahu nama pemilik rumah, no. rumah & tujuan melawat.
· Pelawat perlu memberi lesen kenderaan sebagai sandaran & pihak keselamatan akan memberi pas PELAWAT. Apabila selesai urusan, pas PELAWAT berkenaan hendaklah dipulangkan kepada pihak keselamatan dan lesen kenderaan pelawat akan dipulangkan semula kepada pemilik kenderaan yang berkenaan.
· Pas PELAWAT akan diberi nombor siri bagi mengelakkan penyalahgunaan.
10. Mesyuarat yang seterusnya akan diadakan pada 06hb Mac 2011 @ 2045hrs @
Pejabat Pengurusan.
Mensyuarat dicatatkan oleh:
Ahmad Shah – Penolong Setiausaha PRO-TEM
Shah_nsp@yahoo.com ; 012 477 1676
No comments:
Post a Comment