10 Apr 2011

Minit Mesyuarat PPTDM - 06 MAR 2011

Minit Mesyuarat: AJK PRO-TEM Persatuan Penduduk Taman Desa Murni, Sungai Dua, 13800 Butterworth, Pulau Pinang (No. Pendaftaran : 0593-09-PPG)

Tarikh: 06hb Mac 2011
Masa  Bermula: 9.00 pm
Masa Tamat: 10.00 pm

KEPADA : Semua Penduduk Penduduk Taman Desa Murni, Sungai Dua , Butterworth, Pulau Pinang

Yang Hadir:

Pengerusi                 -           En. Tan Ah Peng (129 & 131, Persiaran Murni)
Timb Pengerusi       -           En. Muralitharan (9, Lintang Murni 3)
AJK                             -           En. Ahmad Shah (51, Persiaran Murni)
-                      En. Mohd Zikri Muhammad (47, Persiaran Murni)
-                      En. S.Ganesan Samiah (155)
-                      En. Cheng Seow Heng (7)
-                      En. Ng Boon Beng (13)
-                      En. Mohd Nadzri (85)

1.         Maintenance Fee (Yuran Pengurusan)
Pembetulan dari minit mesyuarat 09hb Februari 2011: Sebanyak 132 daripada 138 buah rumah telah membayar sebulan deposit dan “maintenance fee” untuk bulan Januari 2011.

Setiap pemilik rumah yang hendak/telah menjual atau untuk disewa, hendaklah memaklumkan kepada Pejabat Pengurusan dengan secepat yang mungkin. Pihak Pengurusan akan membuat penerangan secara ringkas kepada pemilik/penyewa tersebut berkenaan yuran pengurusan yang perlu dijelaskan.

2.         Entry Access Card (Kad Masuk) & Vehicle Sticker
Pihak AJK akan cuba memastikan implementasi “Entry Access Card” & “Vehicle Sticker” selewat-lewatnya pada hujung bulan MAC2011. Dengan syarat, semua penduduk-penduduk Taman Desa Murni telah mengisikan “Borang Maklumat Penduduk” sepenuhnya.

·                     En. Khalid telah diberikan untuk tugasan ini.
·                     En. Cheng telah diberikan tugas untuk menyimpan “Entry Access Card” & “Vehicle Sticker” setelah ianya siap untuk kegunaan warga Taman Desa Murni.



3.         Lori
Pihak AJK telah merujuk perkara ini ke MPSP berkenaan Undang-Undang Taman. Dan didapati bahawa lori-lori tidak dibenarkan “parking” di kawasan taman perumahan. Justeru itu, perkara No. 4, Minit Mesyuarat 09hb Februari 2011 telah terbatal dengan sendirinya bagi mengelakkan sebarang isu berkenaan undang-undang Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Walaubagaimanapun, pihak AJK telah menulis surat kepada MPSP untuk mendapatkan sesalinan Buku Perundangan Taman.
En. Khalid telah diberikan tugas untuk mendapatkan perkara yang tersebut di atas.

4.         Pokok Buah-Buahan
En. Ganesan akan mencadangkan senarai pokok-pokok yang dibenarkan untuk ditanam di kawasan Taman Desa Murni.

5.         Family Day (Target: 01st May 2011)
En. Ganesan & En. Ashri telah dipilih untk menjadi peneraju bagi mengadakan Hari Keluarga Taman Desa Murni.

En. Ganesan akan akan membuat cadangan beliau kepada pihak AJK selewat-lewatnya pada 20hb Mac 2011.

6.         Security
Komen telah dibuat oleh AJK berkenaan ketidakpuasan hati tentang  perkhidmatan mereka. Pihak AJK akan berjumpa dengan pemilik syarikat sekuriti “Careman” untuk berbincang.

En. Murali , En. Santhira, En. Cheng dan En. Ahmad Shah telah dipilih untuk mewakili pihak AJK untuk berbincang samada pada tarikh 09MAC atau pun 10MAC pada jam 8.30pm.

7.         Tugas MPSP
            En. Khalid akan medapatkan keterangan lebih lanjut berkenaan peranan dan tangung-jawab MPSP secara terperinci untuk kawasan Taman Desa Murni dengan secepat yang mungkin.

8.         Tukang Kebun
            Komen telah dibuat oleh AJK berkenaan Tukang Kebun tentang perkhidmatan beliau.

En. Khalid telah diberikan tugas untuk membuat “Duty Roster”. Cadangan juga telah diberikan supaya kawasan Taman Desa Murni dibahagikan kepada 4 zon dan En. Khalid akan membuat perancangan “roster” untuk Tukang Kebun tersebut.

9.         Isu-isu lain:
·                     Komen telah dibuat untuk memastikan penduduk-penduduk menjaga “landscaping” yang bersih dan sesuai dengan status Taman Desa Murni.

Contohnya, penyangkut baju diletakkan di luar rumah dan di kawasan “public”, dan juga pokok-pokok yang ditanam tidak tersusun seperti mana yang sepatutnya. Dan ini, telah menjadikan pemandangan kawasan rumah-rumah di Taman Desa Murni tidak kelihatan begitu cantik dan berseri.

En. Ganesan telah diberikan mandat supaya menyenaraikan pokok-pokok yang dibenarkan tanam di kawasan Taman Desa Murni.

·                     Collection Maintenance Fee. Masih agak ramai lagi penduduk-penduduk yang membayar yuran pengurusan selepas tarikh 15hb setiap bulan.

Pihak AJK secara sebulat suara telah bersetuju supaya denda 10% dikenakan bermula pada bulan MAC2011.
“Reminder Letter” akan dikeluarkan oleh Pejabat Pengurusan kepada semua penduduk dengan secepat yang mungkin (En. Khalid telah diberikan tugas ini)



Mensyuarat dicatatkan oleh:
Ahmad Shah – Penolong Setiausaha PRO-TEM
Shah_nsp@yahoo.com ; 012 477 1676 

Minit Mesyuarat PPTDM - 22 FEB 2011

Minit Mesyuarat: AJK PRO-TEM Persatuan Penduduk Taman Desa Murni, Sungai Dua, 13800 Butterworth, Pulau Pinang (No. Pendaftaran : 0593-09-PPG)
Tarikh: 22hb Februari 2011
Masa  Bermula: 9.00 pm
Masa Tamat: 10.45 pm


KEPADA : Semua Penduduk Penduduk Taman Desa Murni, Sungai Dua , Butterworth, Pulau Pinang



Yang Hadir:

Pengerusi                     -           En. Tan Ah Peng (129 & 131, Persiaran Murni)
Timb Pengerusi           -           En. Muralitharan (9, Lintang Murni 3)
AJK                             -           En. Ahmad Shah Md Mustaffa (51, Persiaran Murni)
-                      En. Ashri Ismail (123, Persiaran Murni)
-                      En. R Santhira Sekaran (4A, Lengkok Murni)
-                      En. R. Tharmaraj A/L Rejendran (3, Persiaran Murni)
-                      En. Mohd Zikri Muhammad (47, Persiaran Murni)
-                      En. Tan Choo Kheng (10, Lengkok Murni)
-                      En. Saravanan A/L Sathival (149, Persiaran Murni)
-                      En. Ah Beng
-                      En. Khalid – PPTDM Admin Manager


1.         Berbincang mengenai minit mesyuarat yang telah berlansung pada tarikh
 09hb Februari 2011.

2.         Semua bersetuju supaya Minit Mesyuarat diminitkan di dalam Bahasa Malaysia sahaja berkuat-kuasa serta merta.

3.         Usul dibuat oleh En. Murali supaya diadakan Peraturan Am di Taman Desa Murni dan semua pihak AJK diminta bekerjasama. Sebulat suara semua bersetuju dan tidakan susulan akan diambil oleh pihak yang dipertanggujawabkan.

4.         Pets (Anjing). Pihak AJK secara sebulat suara bersetuju supaya langkah-langkah di bawah diambil oleh pemilik anjing tersebut. Cadangan dari pihak AJK dan dipersetujui sebulat suara seperti berikut

·         Pemilik (owner) anjing tersebut hendaklah sentiasa memastikan supaya
anjing-anjing mereka tidak membuat bising sehingga menganggu
ketenteraman jiran-jiran yang lain.

·         Pemilik anjing tersebut tidak dibenarkan sama sekali mengikat anjing-anjing mereka di pokok-pokok yang berada di kawasan awam (public).

·         Pemilik hendaklah merantai anjing-anjing mereka di dalam kawasan rumah mereka dan memastikan anjing-anjing tersebut tidak terlepas keluar di kawasan awam.

·         Pemilik perlu pada setiap masa merantai dan memegang anjing-anjing mereka semasa bersiar-siar di tempat awam.

·         Adalah menjadi tanggung-jawab pemilik untuk memastikan keselamatan penduduk-penduduk di taman ini terjamin semasa mereka membawa anjing-anjing mereka bersiar-siar di kawasan awam di taman ini.

·         Najis anjing. Pemilik anjing-anjing tersebut perlu memastikan najis-najis tidak dibuangkan atau dibiarkan merata-rata di kawasan taman ini. Pemilik perlu membawa plastik dan memastikan najis-najis tersebut diambil oleh pemilik itu sendiri untuk dibuangkan di tempat yang sepatutnya.

·         Pemilik-pemilik anjing perlu mendapatkan kelulusan dan lesen yang SAH dari pihak berkuasa tempatan yang berkenaan untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

5.         Penduduk-peduduk boleh membuat aduan dengan mengisi BORANG ADUAN yang boleh didapati di pejabat Pengurusan (Management Office) – En. Khalid.
Pihak AJK hanya akan membuat tindakan susulan secara kolektif di atas aduan
secara bertulis sahaja.

6.         Parking (Tempat Letak Kereta). Cadangan dari pihak AJK:

·         Jika pemilik rumah hendak meletakkan kereta mereka di hadapan rumah jiran-jiran yang lain, mereka perlu meminta kebenaran dari pemilik rumah-ruamh tersebut. Ini bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini seperti bermasam muka, bergaduh dan sebagainya.

·         Pemilik-pemilik hendaklah meletakkan kereta di hadapan rumah masing-masing tanpa menganggu halamn rumah orang lain.

·         En. Raj diberi tugas khas untuk membuat Ilutrasi “Illustration” berkenaan tempat letak kereta di taman ini.

·         En. Ah Beng / Tan diberi tugas khas untuk membuat Papan Tanda Aluminium “Aluminum Notice Board”.

·         En.  Sathira diberi tugas khas untuk membuat “draft” berkenaan dengan keselamatan dan peraturan-peraturan yang sepatutnya untuk dibincangkan pada mesyuarat yang akan dating.

·         Tempat letak lori. Sila rujuk minit mesyuarat yang bertarikh 09hb Februari 2011.

8..        Pihak AJK telah bersetuju supaya lorong-lorong motosikal diperiksa seperti mana lorong-lorong kereta. Ini bagi mengelakkan penunggang-penunggan yang tidak berkenaan memasuki kawasan taman kita ini dengan sewenang-wenangnya. Langkah keselamatan dan berjaga-jaga perlu untuk kebaikan penduduk di Taman Desa Murni. Stiker” akan dibuat untuk pemilik-pemilik motorsikal di taman ini di dalam masa yang terdekat.

9.         Pihak AJK telah bersetuju sekiranya ada pelawat:

·         Pelawat hendaklah “register” di podok keselamatan.

·         Pelawat hendaklah memberitahu nama pemilik rumah, no. rumah & tujuan melawat.

·         Pelawat perlu memberi lesen kenderaan sebagai sandaran & pihak keselamatan akan memberi pas PELAWAT. Apabila selesai urusan, pas PELAWAT berkenaan hendaklah dipulangkan kepada pihak keselamatan dan lesen kenderaan pelawat akan dipulangkan semula kepada pemilik kenderaan yang berkenaan.

·         Pas PELAWAT akan diberi nombor siri bagi mengelakkan penyalahgunaan.


10.       Mesyuarat yang seterusnya akan diadakan pada 06hb Mac 2011 @ 2045hrs @
Pejabat Pengurusan.

Mensyuarat dicatatkan oleh:
Ahmad Shah – Penolong Setiausaha PRO-TEM
Shah_nsp@yahoo.com ; 012 477 1676